Sunday 18 September 2011

ADA IMAN JADI AMAN




عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ‏"‏الإِيمَانُ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً، وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الإِيمَانِ"‏‏. رواه البخاري، كتاب الإيمان، باب أُمُورِ الإِيمَانِ، 9.
Dari Abu Hurayrah r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda: “Iman itu sejumlah enam puluh dan beberapa cabang, dan sifat pemalu itu salah satu daripada cabang iman.” Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Perkara-perkara yang Berkaitan dengan Iman, 9.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رضي الله عنهما، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ‏" الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ، وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ ‏"‏‏. رواه البخاري، كتاب الإيمان، باب الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ، 10.
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda: Seseorang yang benar-benar Muslim itu adalah seseorang yang orang-orang Islam lain terpelihara daripada angkara lidah (bicara) dan tangannya (kuasanya). Dan seseorang yang berhijrah itu adalah seseorang yang berhijrah daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah. Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Seseorang Yang Benar-Benar Muslim Itu Adalah Seseorang yang Orang-Orang Islam Lain Terpelihara daripada Angkara Lidah (Bicara) dan Tangannya (Kuasanya), 10.

عَنْ أَبِي مُوسَى رضي الله عنه قَالَ: قَالُوا: "يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ الإِسْلاَمِ أَفْضَلُ؟" قَالَ: ‏"مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ‏"‏‏. رواه البخاري، كتاب الإيمان، باب أَىُّ الإِسْلاَمِ أَفْضَلُ، 11.
Dari Abu Musa r.a. berkata: mereka berkata: Wahai Rasulullah, apakah perkara yang paling utama (afdhal) dalam Islam dari Nabi s.a.w. bersabda: Seseorang yang orang-orang Islam lain terpelihara daripada angkara lidah (bicaranya) dan tangannya (kuasa). Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Apakah Perkara yang Paling Utama (Afdhal) dalam Islam, 11.

عَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم‏ قَالَ: ‏"‏لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ‏"‏‏.‏ رواه البخاري، كتاب الإيمان، باب مِنَ الإِيمَانِ أَنْ يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ، 13.
Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda: Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia menginginkan terhadap saudaranya apa yang diinginkan terhadap dirinya sendiri. Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Daripada Tanda-Tanda Iman ialah Menginginkan Terhadap Saudaranya Apa yang Diinginkan Terhadap Dirinya Sendiri, 13.

عَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم: ‏"‏لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ‏‏.‏"‏ رواه البخاري، كتاب الإيمان، باب حُبُّ الرَّسُولِ صلى الله عليه وسلم مِنَ الإِيمَانِ، 15.
Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda: Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mencintaiku lebih daripada bapanya, anaknya, dan seluruh umat manusia. Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Mencintai Rasul s.a.w. daripada Tanda-tanda Iman, 15.

عن أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رضي الله عنه يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: ‏" بَيْنَما أَنَا نَائِمٌ رَأَيْتُ النَّاسَ يُعْرَضُونَ عَلَىَّ، وَعَلَيْهِمْ قُمُصٌ مِنْهَا مَا يَبْلُغُ الثُّدِيَّ، وَمِنْهَا مَا دُونَ ذَلِكَ، وَعُرِضَ عَلَىَّ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ وَعَلَيْهِ قَمِيصٌ يَجُرُّهُ‏"‏‏.‏ قَالُوا: فَمَا أَوَّلْتَ ذَلِكَ، يَا رَسُولَ اللَّهِ؟" قَالَ: ‏"الدِّينَ‏"‏‏.‏ رواه البخاري، كتاب الإيمان، باب تَفَاضُلِ أَهْلِ الإِيمَانِ فِي الأَعْمَالِ، 23.
Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda: Sewaktu aku sedang tidur aku diperlihatkan perihal sekumpulan manusia, sesetengah daripada mereka memakai pakaian sehingga ke paras dada, manakala sesetengah yang lain lebih pendek daripada itu. Aku diperlihatkan perihal Umar bin al-Khattab, pakaiannya panjang meleret. Mereka berkata: Maka apakah ta’bir mimpi tersebut di sisimu, ya Rasulullah? Baginda bersabda: Agama. Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Hirarki Ahli Iman Berdasarkan Amal Mereka, 23.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم سُئِلَ: "أَىُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ؟" فَقَالَ: ‏"إِيمَانٌ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ‏‏‏."‏ قِيلَ: ثُمَّ مَاذَا؟" قَالَ: ‏"‏الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ‏."‏‏‏ قِيلَ: ثُمَّ مَاذَا؟" قَالَ: ‏"‏حَجٌّ مَبْرُورٌ‏‏‏." رواه البخاري، كتاب الإيمان، باب مَنْ قَالَ إِنَّ الإِيمَانَ هُوَ الْعَمَلُ، 26.
Dari Abu Hurayrah r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai amalan yang paling utama, maka baginda bersabda: Beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. Baginda ditanya lagi: Kemudian apa? Baginda membalas: Berjihad di jalan Allah. Baginda ditanya lagi: Kemudian apa? Baginda bersabda lagi: Menunaikan ibadah haji yang mabrur. Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Siapa yang Mengatakan Sesungguhnya Beriman Itu ialah dengan Beramal, 26.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رضي الله عنهما، أَنَّ رَجُلاً، سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: "أَىُّ الإِسْلاَمِ خَيْرٌ؟" قَالَ: ‏"‏تُطْعِمُ الطَّعَامَ، وَتَقْرَأُ السَّلاَمَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ‏"‏‏.‏ رواه البخاري، كتاب الإيمان، باب إِفْشَاءُ السَّلاَمِ مِنَ الإِسْلاَمِ، 28.
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., sesungguhnya terdapat seorang lelaki bertanyakan Rasulullah s.a.w.: Apakah perkara yang terbaik dalam Islam? Baginda bersabda: Memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenali dan tidak kenali. Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Memberi Salam adalah Sebahagian daripada Syiar Islam, 28.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رضي الله عنهما، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ‏" أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا، وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا؛ إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ، وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ. رواه البخاري، كتاب الإيمان، باب عَلاَمَةِ الْمُنَافِقِ، 34.
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a. sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mempunyai empat sifat ini maka dia benar-benar adalah seorang munafik. Jika seseorang itu mempunyai satu daripada empat sifat tadi maka dia mempunyai satu sifat nifak sehinggalah dia meninggalkannya: 1. Apabila diberi amanah, dia mengkhianatinya; 2. Apabila berbicara, dia berdusta; 3. Apabila berjanji, dia memungkirinya; 4. Apabila berselisih faham, dia akan bertindak berlebih-lebihan. Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Tanda-tanda Orang Munafik, 34.

عَنْ عَبْدُ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ‏"‏سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ، وَقِتَالُهُ كُفْرٌ‏"‏‏.‏ رواه البخاري، كتاب الإيمان، باب خَوْفِ الْمُؤْمِنِ مِنْ أَنْ يَحْبَطَ عَمَلُهُ وَهُوَ لاَ يَشْعُرُ، 48.
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda: Mengutuk seseorang Muslim itu fasik. Manakala membunuhnya pula adalah kufur. Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Kerisauan Seseorang yang Beriman Kemungkinan Amalannya Menjadi Sia-Sia Tanpa Disedari, 48.

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ رضي الله عنه، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ‏"إِذَا أَنْفَقَ الرَّجُلُ عَلَى أَهْلِهِ يَحْتَسِبُهَا فَهُوَ لَهُ صَدَقَةٌ‏‏‏." رواه البخاري، كتاب الإيمان، باب مَا جَاءَ أَنَّ الأَعْمَالَ بِالنِّيَّةِ وَالْحِسْبَةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، 55.
Dari Abu Mas’ud r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berbelanja untuk keluarganya dengan penuh keikhlasan, maka dia akan mendapat ganjaran bersedekah. Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Iman, Bab yang Menjelaskan Bahawa Segala Perbuatan Itu Bergantung kepada Niat dan Keikhlasan; Walau Bahaimanapun, Setiap Orang akan Mendapat Ganjaran Setimpal dengan Niatnya, 55.


Sumber: INHAD - ada iman jadi aman

Ceramah "Keluarga Sakinah" oleh Ustaz Muhammad Farid Ravi Abdullah

IMAM Al-BUKHARI

BUKU TERBARU TERBITAN INHAD 2010

BUKU TERBARU TERBITAN INHAD 2010
KARANGAN USTAZ MOHD FARID RAVI & USTAZAH AFIFAH

WAJIB BERILMU SEBELUM BERAMAL


عَنْ أَبِي هُرَيْرَة َرَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: بَيْنَمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ الْقَوْمَ جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ: مَتَى السَّاعَةُ؟ فَمَضَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُحَدِّثُ، حَتَّى إِذَا قَضَى حَدِيثَهُ قَالَ: ‏"أَيْنَ ـ أُرَاهُ ـ السَّائِلُ عَنِ السَّاعَةِ‏؟"‏‏.‏ قَالَ: هَا أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ‏.‏ قَالَ: ‏"فَإِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ‏"‏‏.‏ قَالَ: كَيْفَ إِضَاعَتُهَا؟ قَالَ: ‏"إِذَا وُسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ." رواه البخاري، كتاب العلم، باب مَنْ سُئِلَ عِلْمًا وَهُوَ مُشْتَغِلٌ فِي حَدِيثِهِ فَأَتَمَّ الْحَدِيثَ ثُمَّ أَجَابَ السَّائِلَ ، 59.
Dari Abu Hurayrah r.a. berkata: Suatu ketika seorang badwi menemui Nabi s.a.w. yang berada dalam satu majlis ilmu mengajar kaumnya lalu badwi itu bertanya: Bilakah hari kiamat akan terjadi? Akan tetapi Nabi s.a.w. meneruskan bicaranya sehingga selesai barulah baginda bertanya: “Di manakah orang yang bertanya mengenai hari kiamat tadi?” Badwi itu menjawab: Aku di sini, wahai Rasulullah! Nabi bersabda: “Apabila hilangnya amanah maka tunggulah kehadiran hari kiamat.” Badwi itu bertanya lagi: Bagaimana ia boleh hilang? Nabi menjawab: “Apabila sesuatu perkara dipimpin oleh orang yang bukan ahlinya (yang tidak sesuai dan berkelayakan) maka tunggulah kehadiran hari kiamat.” Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Ilmu, Bab Sesiapa Yang Ditanya Tentang Sesuatu Sedangkan Dia Sedang Mengajar, Maka Sempurnakanlah Bicaranya Dahulu Sebelum Menjawab Soalan Penanya, 59.

لِقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: ‏[‏فَاعْلَمْ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ‏]‏ فَبَدَأَ بِالْعِلْمِ، وَأَنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ ـ وَرَّثُوا الْعِلْمَ ـ مَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ، وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ بِهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ‏.‏ وَقَالَ جَلَّ ذِكْرُهُ: ‏[‏إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ‏]‏ وَقَالَ: ‏[وَمَا يَعْقِلُهَا إِلاَّ الْعَالِمُونَ‏]‏ ‏[‏وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ‏]‏‏.‏ وَقَالَ: ‏[‏هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ‏]‏‏.‏ وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ‏"مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَإِنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمِ‏"‏‏. رواه البخاري، كتاب العلم، باب الْعِلْمُ قَبْلَ الْقَوْلِ وَالْعَمَلِ.
Berdasarkan firman Allah SWT: [Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Dialah Allah tiada tuhan Melainkan-Nya] maka (segalanya) bermula dengan ilmu, dan sesungguhnya para ulama itu pewaris (ilmu) para nabi a.s. – sesiapa yang berusaha memperolehinya, maka dia memang sangat bertuah memperolehinya, dan sesiapa yang berjalan untuk menuntut ilmu nescaya Allah akan Memudahkan baginya jalan menuju ke syurga. Seperti juga firman Allah: [Sesungguhnya mereka yang benar-benar takut kepada Allah adalah di kalangan hamba-hambaNya yang berilmu]. Dan satu lagi ayat Qur’an: [Dan tidaklah akan memahami yang demikian itu kecuali dari kalangan orang-orang yang berilmu] [Dan mereka mengeluh: Kalaulah kita mendengar atau mengetahui (tentangnya) tentunya kita tidak terjerumus menghuni neraka Sa’ir]. Dan firman-Nya: [Adakah setara di antara orang-orang yang berilmu berbanding dengan orang-orang yang tidak berilmu?] Dan Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang Allah Ingin Mengurniakan kebaikan untuknya maka akan diberi peluang mendalami ilmu pengetahuan agama dan sesungguhnya ilmu itu ditimba dengan menuntutnya. Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Ilmu, Bab Ilmu Pengetahuan Mesti Mendahului Perkataan Dan Perbuatan.

عَنْ أَنَسٍ َرَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ‏"يَسِّرُوا وَلاَ تُعَسِّرُوا، وَبَشِّرُوا وَلاَ تُنَفِّرُوا‏"‏‏.‏ رواه البخاري، كتاب العلم، باب مَا كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَتَخَوَّلُهُمْ بِالْمَوْعِظَةِ وَالْعِلْمِ كَىْ لاَ يَنْفِرُوا ، 69.
Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda: Permudahkanlah, jangan pula menyukarkan, dan berilah berita gembira dan janganlah sehingga membuat orang lari (menjauhkan diri dari Islam). Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Ilmu, Bab Nabi s.a.w. Tidak Berterus-Terusan Memberi Peringatan dan Mengajar Ilmu agar Membuatkan Orang Ramai Tidak Lari (Menjauhkan Diri dari Islam), 69.

عَنْ أَبِي وَائِلٍ قَالَ: كَانَ عَبْدُ اللَّهِ يُذَكِّرُ النَّاسَ فِي كُلِّ خَمِيسٍ، فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ: يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ لَوَدِدْتُ أَنَّكَ ذَكَّرْتَنَا كُلَّ يَوْمٍ‏.‏ قَالَ: أَمَا إِنَّهُ يَمْنَعُنِي مِنْ ذَلِكَ أَنِّي أَكْرَهُ أَنْ أُمِلَّكُمْ، وَإِنِّي أَتَخَوَّلُكُمْ بِالْمَوْعِظَةِ كَمَا كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَتَخَوَّلُنَا بِهَا، مَخَافَةَ السَّآمَةِ عَلَيْنَا‏.‏ رواه البخاري، كتاب العلم، باب مَنْ جَعَلَ لأَهْلِ الْعِلْمِ أَيَّامًا مَعْلُومَةً ، 70.
Dari Abu Wael berkata Abdullah ada memberi peringatan kepada orang ramai pada setiap hari Khamis, maka seorang lelaki memberitahunya: Wahai Abu Abdul Rahman aku suka jika engkau memberi tazkirah kepada kami pada setiap hari. Beliau membalas: Aku enggan berbuat demikian kerana risau ia akan membosankan kamu, oleh yang demikian, aku memberi senggang masa antara satu majlis tazkirah dengan yang seterusnya seperti yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. kepada kami; bimbang kami akan berasa bosan. Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Ilmu, Bab Siapa yang Memperuntukkan Hari Tertentu untuk Majlis Ilmu, 70.

عَنْ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ َرَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ‏"لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَسُلِّطَ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْحِكْمَةَ، فَهْوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا‏"‏‏.‏ رواه البخاري، كتاب العلم، باب الاِغْتِبَاطِ فِي الْعِلْمِ وَالْحِكْمَةِ وَقَالَ عُمَرُ تَفَقَّهُوا قَبْلَ أَنْ تُسَوَّدُوا ، 73.
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda: Tidak dibenarkan menyimpan rasa dengki kecuali terhadap 2 orang: (1) Lelaki yang dikurniakan oleh Allah harta benda yang banyak lalu dia membelanjakannya pada jalan yang hak dan (2) Lelaki yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan (al-Hikmah) lalu dia memutuskan sesuatu perkara dengan ilmunya itu dan mengajarnya (kepada orang lain). Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Ilmu, Bab Iri Hati pada Ilmu dan Kebijaksanaan (hikmah) dan Saidina ‘Umar r.a. berkata: Dalamilah Ilmu Pengetahuan Sebelum Dijadikan Pemimpin, 73.

عَنْ أَنَسٍ َرَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ‏"‏مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَقِلَّ الْعِلْمُ، وَيَظْهَرَ الْجَهْلُ، وَيَظْهَرَ الزِّنَا، وَتَكْثُرَ النِّسَاءُ وَيَقِلَّ الرِّجَالُ، حَتَّى يَكُونَ لِخَمْسِينَ امْرَأَةً الْقَيِّمُ الْوَاحِدُ‏"‏‏.‏ رواه البخاري، كتاب العلم، باب رَفْعِ الْعِلْمِ وَظُهُورِ الْجَهْلِ، 81.
Dari Anas r.a. berkata: aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Antara tanda-tanda hampirnya hari kiamat ialah berkurangannya ilmu, berleluasanya kejahilan dan perbuatan zina, bilangan orang perempuan menjadi lebih ramai daripada orang lelaki sehinggakan seorang lelaki dinisbahkan kepada 50 orang perempuan. Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Ilmu, Bab Terangkatnya Ilmu pengetahuan dan berleluasanya kejahilan, 81.

عَنْ حَمْزَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، أَنَّ ابْنَ عُمَرَ َرَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ‏"بَيْنَما أَنَا نَائِمٌ أُتِيتُ بِقَدَحِ لَبَنٍ، فَشَرِبْتُ حَتَّى إِنِّي لأَرَى الرِّيَّ يَخْرُجُ فِي أَظْفَارِي، ثُمَّ أَعْطَيْتُ فَضْلِي عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ‏"‏‏.‏ قَالُوا: فَمَا أَوَّلْتَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: ‏"الْعِلْمَ‏"‏‏.‏ رواه البخاري، كتاب العلم، باب فَضْلِ الْعِلْمِ، 82.
Dari Hamzah bin Abdullah bin ‘Umar sesunggunnya Ibnu ‘Umar r.a. berkata: aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semasa aku tidur (aku bermimpi) aku diberi semangkuk susu, maka aku minum sehingga aku melihat seakan ia mengalir daripada kuku-kukuku. Bakinya aku berikan kepada ‘Umar bin al-Khattab.” Orang ramai bertanya: Apa ta’bir mimpi tersebut, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: “Ia adalah ilmu.” Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Ilmu, Bab Kelebihan ilmu, 82.

عَنْ أَبِي جَمْرَةَ َرَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: كُنْتُ أُتَرْجِمُ بَيْنَ ابْنِ عَبَّاسٍ وَبَيْنَ النَّاسِ ( وَفْدِ عَبْدِ الْقَيْسِ) ـ قَالَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ‏"هَلْ تَدْرُونَ مَا الإِيمَانُ بِاللَّهِ وَحْدَهُ‏"‏‏.‏ قَالُوا: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ‏.‏ قَالَ: ‏"شَهَادَةُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامُ الصَّلاَةِ، وَإِيتَاءُ الزَّكَاةِ، وَصَوْمُ رَمَضَانَ، وَتُعْطُوا الْخُمُسَ مِنَ الْمَغْنَمِ‏‏."‏ قَالَ: ‏"احْفَظُوهُ وَأَخْبِرُوهُ مَنْ وَرَاءَكُمْ‏"‏‏.‏ رواه البخاري، كتاب العلم، باب تَحْرِيضِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَفْدَ عَبْدِ الْقَيْسِ عَلَى أَنْ يَحْفَظُوا الإِيمَانَ وَالْعِلْمَ وَيُخْبِرُوا مَنْ وَرَاءَهُمْ ، 87.
Dari Abu Jamrah r.a. berkata: Aku pernah menterjemah di antara Ibnu Abbas dan sekumpulan manusia (rombongan Abdul Qais) – Nabi s.a.w. bersabda: “Adakah kamu tahu apa ertinya beriman kepada Allah semata-mata?” Mereka menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda bersabda: “Ia bererti mengucapkan penyaksian bahawasanya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad Utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan menginfakkan satu perlima daripada hasil rampasan perang.” Baginda menambah: “Peliharalah ia dan khabarkanlah kepada orang-orang di belakang kamu (baki dari kaum itu apabila pulang).” Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Ilmu, Bab Nabi s.a.w. Menyuruh Rombongan Abdul Qais Memelihara Iman dan Ilmu Serta Mengkhbarkan Hal Tersebut kepada Orang-orang di Belakang Mereka (Baki Dari Kaum Itu Apabila Pulang), 87.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَة َرَضِيَ اللهُ عَنْهُ أنه قال: قِيْلَ يَا رَسُوْلُ اللهِ، مَنْ أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِكَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ؟ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ‏"‏لَقَدْ ظَنَنْتُ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ أَنْ لَا يَسْأَلَنِيْ عَنْ هَذَا الحَْدِيْثِ أَحَدٌ أَوَّلُ مِنْكَ، لمَاَّ رَأَيْتُ مِنْ حِرْصِكَ عَلَى الحْدَيِثِ، أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا الله، خَالِصاً مِنْ قَلْبِهِ أَوْ نَفْسِهِ‏"‏‏. رواه البخاري، كتاب العلم، باب الْحِرْصِ عَلَى الْحَدِيثِ، 99.
Dari Abu Hurayrah r.a. berkata: seseorang berkata: Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berbahagia dengan syafaatmu pada hari kiamat? Rasulullah s.a.w. bersabda: “Aku menyangka tiada seorang pun akan menyoalku tentang hal ini lebih awal daripadamu memandangkan kesungguhanmu terhadap hadis; orang yang paling berbahagia dengan syafaatku pada hari kiamat ialah sesiapa yang telah mengucap: Tiada tuhan melainkan Allah dengan hati atau jiwa yang ikhlas.” Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Ilmu, Bab Kesungguhan Terhadap Hadis, 99.

عَنِ ابْنِ أَبِي مَلِيْكَةَ أَنْ عَائِشَة َرَضِيَ اللهُ عَنْهَا، زَوْجَةَ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَتْ لاَ تَسْمَعُ شَيْئاً لاَ تَعْرِفُهُ إِلَّا رَاجَعَتْ فِيْهِ حَتَّى تَعْرِفَهُ، وَأَنْ النَّبِيْ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ‏"مَنْ حُوْسِبَ عُذِّبَ.‏"‏ قَالَتْ عَائِشَةَ: فَقُلْتُ: أَوَ لَيْسَ يَقُوْلُ اللهُ تَعَالَى: ‏[‏َفَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَاباً يَسِيْراً]‏؟ قَالَتْ: فَقَالَ: ‏"إِنَّمَا ذَلِكَ الْعِرْضُ، وَلَكِنْ مَنْ نُوْقِشَ الحِْسَابُ يَهْلَكْ‏‏‏."‏ رواه البخاري، كتاب العلم، باب من سمع شيئا، فراجع حتى يعرفه، 103.
Dari Ibnu Abu Malikah bahawa Aisyah r.a. isteri Nabi s.a.w. tidak akan mendengar (dan menerima) sesuatu yang tidak diketahuinya kecuali setelah mengkaji dan merujuk perkara tersebut sehingga dia tahu (kebenarannya), bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang dihisab akan diseksa.” Aisyah berkata: aku berkata: Bukankah Allah SWT telah berfirman: Maka akan dihisab dengan penghisaban yang mudah? Kemudian dia berkata: baginda bersabda: “Sesungguh yang dimaksudkan oleh ayat itu ialah pendedahan amalan, namun sekiranya seseorang itu penghisabannya dibicarakan maka pasti padah menimpanya.” Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Ilmu, Bab Sesiapa yang Mendengar Sesuatu maka Kajilah Dahulu Sehingga Dia Mengetahui (Kebenarannya), 103.

عَنْ ابْنِ أَبِي بَكْرَةَ، عَنْ أبي أَبِي بَكْرَةَ اللهُ عَنْهُ ذَكَرَ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ‏"فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ ـ قَالَ مُحَمَّدٌ وَأَحْسِبُهُ قَالَ: وَأَعْرَاضَكُمْ ـ عَلَيْكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي شَهْرِكُمْ هَذَا، أَلاَ لُيُبَلِّغَ الشَّاهِدُ مِنْكُمْ الْغَائِبَ‏"‏‏.‏ رواه البخاري، كتاب العلم، باب باب ليبلغ العلم الشاهد الغائب ، 105.
Dari Ibnu Abu Bakrah r.a. dari Abu Bakrah r.a. menyebut Nabi s.a.w. bersabda: Maka sesungguhnya darah kamu, harta-bendamu – dia berkata: aku mengira Muhammad s.a.w. juga berkata: maruahmu – haram ke atasmu sepertimana haramnya hari ini dalam bulan ini, semoga yang hadir dapat menyampaikan (pesanan ini) kepada yang tiada (di sini). Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Ilmu, Bab Saranan agar yang Hadir Menyampaikan Ilmu kepada yang Tidak Hadir, 105.

عَنْ وَهْبٍ بْنِ مُنَبِّهِ، عَنْ أَخِيْهِ َرَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ، يَقُوْلُ: "مَا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَدٍ أَكْثَرُ حَدِيْثاً عَنْهُ مِنِّي، إِلَّا مَا كَانَ مِنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو فَإِنَّهُ كَانَ يَكْتُبُ وَلاَ أَكْتُبُ‏."‏ رواه البخاري، كتاب العلم، باب كتابة العلم، 113.
Dari Wahab bin Munabbih dari saudaranya r.a. berkata: aku mendengar Abu Hurayrah berkata: Tiada seorang pun dari kalangan Sahabat Nabi r.a. yang meriwayatkan hadis lebih banyak daripadaku kecuali Abdullah bin ‘Amru kerana dia mencatatnya sedangkan aku tidak berbuat demikian. Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Ilmu, Bab Mencatat Ilmu, 113.

وَقَالَ مُجَاهِدٌ: لاَ يَتَعَلَّمُ الْعِلْمَ مُسْتَحْىٍ وَلاَ مُسْتَكْبِرٌ.
وَقَالَتْ عَائِشَةُ َرضي الله عنها: نِعْمَ النِّسَاءُ نِسَاءُ الأَنْصَارِ لَمْ يَمْنَعْهُنَّ الْحَيَاءُ أَنْ يَتَفَقَّهْنَ فِي الدِّينِ‏.‏
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ َرَضِيَ اللهُ عَنْهُما أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ‏"إِنَّ مِنَ الشَّجَرِ شَجَرَةً لاَ يَسْقُطُ وَرَقُهَا، وَهِيَ مَثَلُ الْمُسْلِمِ، حَدِّثُونِي مَا هِيَ؟‏"‏.‏ فَوَقَعَ النَّاسُ فِي شَجَرِ الْبَادِيَةِ، وَوَقَعَ فِي نَفْسِي أَنَّهَا النَّخْلَةُ‏.‏ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ: فَاسْتَحْيَيْتُ‏.‏ فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَخْبِرْنَا بِهَا‏.‏ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ‏"هِيَ النَّخْلَةُ‏"‏‏.‏ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ: فَحَدَّثْتُ أَبِي بِمَا وَقَعَ فِي نَفْسِي. فَقَالَ: لأَنْ تَكُونَ قُلْتَهَا أَحَبُّ إِلَىَّ مِنْ أَنْ يَكُونَ لِي كَذَا وَكَذَا‏.‏ رواه البخاري، كتاب العلم، باب الْحَيَاءِ فِي الْعِلْمِ ، 131.
Mujahid berkata: Orang yang pemalu dan bongkak tidak akan dapat mempelajari sebarang ilmu.
Aisyah r.a. berkata: Sebaik-baik wanita ialah wanita kaum Ansar, perasaan malu tidak membataskan mereka untuk mendalami ilmu agama.
Dari Abdullah bin ‘Umar r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata: “Sesungguhnya dari jenis tumbuh-tumbuhan terdapat sejenis pokok yang daunnya tidak luruh ke bawah, dan ia boleh diumpamakan seperti seorang muslim, beritahulah aku apakah ia (pokok itu)?” Lalu orang ramai meneka sejenis pokok di padang sahara sementara aku menekanya di dalam diriku: ia adalah pohon kurma. Abdullah berkata: Namun aku berasa malu (untuk menyuarakan tekaannya kepada Rasullah) Orang ramai berkata: Wahai Rasulullah, beritahulah kami pohon apakah ia? Lalu Rasulullah bersabda: “Ia adalah pohon kurma.” Abdullah berkata: Aku memberitahu bapaku (‘Umar) tentang tekaanku dalam diam tadi. Maka beliau berkata: Aku lebih suka sekiranya engkau menyuarakan tekaanmu itu (kepada Rasulullah) daripada memberitahu hal yang demikian kepadaku begini. Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Ilmu, Bab Perasaan Malu dalam Menuntut Ilmu, 131.


Sumber:  Hadith Research Institute Selangor INHAD) SELANGOR