Sunday, 18 September 2011

ADA IMAN JADI AMAN




عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ‏"‏الإِيمَانُ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً، وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الإِيمَانِ"‏‏. رواه البخاري، كتاب الإيمان، باب أُمُورِ الإِيمَانِ، 9.
Dari Abu Hurayrah r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda: “Iman itu sejumlah enam puluh dan beberapa cabang, dan sifat pemalu itu salah satu daripada cabang iman.” Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Perkara-perkara yang Berkaitan dengan Iman, 9.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رضي الله عنهما، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ‏" الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ، وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ ‏"‏‏. رواه البخاري، كتاب الإيمان، باب الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ، 10.
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda: Seseorang yang benar-benar Muslim itu adalah seseorang yang orang-orang Islam lain terpelihara daripada angkara lidah (bicara) dan tangannya (kuasanya). Dan seseorang yang berhijrah itu adalah seseorang yang berhijrah daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah. Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Seseorang Yang Benar-Benar Muslim Itu Adalah Seseorang yang Orang-Orang Islam Lain Terpelihara daripada Angkara Lidah (Bicara) dan Tangannya (Kuasanya), 10.

عَنْ أَبِي مُوسَى رضي الله عنه قَالَ: قَالُوا: "يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ الإِسْلاَمِ أَفْضَلُ؟" قَالَ: ‏"مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ‏"‏‏. رواه البخاري، كتاب الإيمان، باب أَىُّ الإِسْلاَمِ أَفْضَلُ، 11.
Dari Abu Musa r.a. berkata: mereka berkata: Wahai Rasulullah, apakah perkara yang paling utama (afdhal) dalam Islam dari Nabi s.a.w. bersabda: Seseorang yang orang-orang Islam lain terpelihara daripada angkara lidah (bicaranya) dan tangannya (kuasa). Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Apakah Perkara yang Paling Utama (Afdhal) dalam Islam, 11.

عَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم‏ قَالَ: ‏"‏لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ‏"‏‏.‏ رواه البخاري، كتاب الإيمان، باب مِنَ الإِيمَانِ أَنْ يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ، 13.
Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda: Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia menginginkan terhadap saudaranya apa yang diinginkan terhadap dirinya sendiri. Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Daripada Tanda-Tanda Iman ialah Menginginkan Terhadap Saudaranya Apa yang Diinginkan Terhadap Dirinya Sendiri, 13.

عَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم: ‏"‏لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ‏‏.‏"‏ رواه البخاري، كتاب الإيمان، باب حُبُّ الرَّسُولِ صلى الله عليه وسلم مِنَ الإِيمَانِ، 15.
Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda: Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mencintaiku lebih daripada bapanya, anaknya, dan seluruh umat manusia. Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Mencintai Rasul s.a.w. daripada Tanda-tanda Iman, 15.

عن أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رضي الله عنه يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: ‏" بَيْنَما أَنَا نَائِمٌ رَأَيْتُ النَّاسَ يُعْرَضُونَ عَلَىَّ، وَعَلَيْهِمْ قُمُصٌ مِنْهَا مَا يَبْلُغُ الثُّدِيَّ، وَمِنْهَا مَا دُونَ ذَلِكَ، وَعُرِضَ عَلَىَّ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ وَعَلَيْهِ قَمِيصٌ يَجُرُّهُ‏"‏‏.‏ قَالُوا: فَمَا أَوَّلْتَ ذَلِكَ، يَا رَسُولَ اللَّهِ؟" قَالَ: ‏"الدِّينَ‏"‏‏.‏ رواه البخاري، كتاب الإيمان، باب تَفَاضُلِ أَهْلِ الإِيمَانِ فِي الأَعْمَالِ، 23.
Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda: Sewaktu aku sedang tidur aku diperlihatkan perihal sekumpulan manusia, sesetengah daripada mereka memakai pakaian sehingga ke paras dada, manakala sesetengah yang lain lebih pendek daripada itu. Aku diperlihatkan perihal Umar bin al-Khattab, pakaiannya panjang meleret. Mereka berkata: Maka apakah ta’bir mimpi tersebut di sisimu, ya Rasulullah? Baginda bersabda: Agama. Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Hirarki Ahli Iman Berdasarkan Amal Mereka, 23.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم سُئِلَ: "أَىُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ؟" فَقَالَ: ‏"إِيمَانٌ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ‏‏‏."‏ قِيلَ: ثُمَّ مَاذَا؟" قَالَ: ‏"‏الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ‏."‏‏‏ قِيلَ: ثُمَّ مَاذَا؟" قَالَ: ‏"‏حَجٌّ مَبْرُورٌ‏‏‏." رواه البخاري، كتاب الإيمان، باب مَنْ قَالَ إِنَّ الإِيمَانَ هُوَ الْعَمَلُ، 26.
Dari Abu Hurayrah r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai amalan yang paling utama, maka baginda bersabda: Beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. Baginda ditanya lagi: Kemudian apa? Baginda membalas: Berjihad di jalan Allah. Baginda ditanya lagi: Kemudian apa? Baginda bersabda lagi: Menunaikan ibadah haji yang mabrur. Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Siapa yang Mengatakan Sesungguhnya Beriman Itu ialah dengan Beramal, 26.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رضي الله عنهما، أَنَّ رَجُلاً، سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: "أَىُّ الإِسْلاَمِ خَيْرٌ؟" قَالَ: ‏"‏تُطْعِمُ الطَّعَامَ، وَتَقْرَأُ السَّلاَمَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ‏"‏‏.‏ رواه البخاري، كتاب الإيمان، باب إِفْشَاءُ السَّلاَمِ مِنَ الإِسْلاَمِ، 28.
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., sesungguhnya terdapat seorang lelaki bertanyakan Rasulullah s.a.w.: Apakah perkara yang terbaik dalam Islam? Baginda bersabda: Memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenali dan tidak kenali. Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Memberi Salam adalah Sebahagian daripada Syiar Islam, 28.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رضي الله عنهما، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ‏" أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا، وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا؛ إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ، وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ. رواه البخاري، كتاب الإيمان، باب عَلاَمَةِ الْمُنَافِقِ، 34.
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a. sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mempunyai empat sifat ini maka dia benar-benar adalah seorang munafik. Jika seseorang itu mempunyai satu daripada empat sifat tadi maka dia mempunyai satu sifat nifak sehinggalah dia meninggalkannya: 1. Apabila diberi amanah, dia mengkhianatinya; 2. Apabila berbicara, dia berdusta; 3. Apabila berjanji, dia memungkirinya; 4. Apabila berselisih faham, dia akan bertindak berlebih-lebihan. Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Tanda-tanda Orang Munafik, 34.

عَنْ عَبْدُ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ‏"‏سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ، وَقِتَالُهُ كُفْرٌ‏"‏‏.‏ رواه البخاري، كتاب الإيمان، باب خَوْفِ الْمُؤْمِنِ مِنْ أَنْ يَحْبَطَ عَمَلُهُ وَهُوَ لاَ يَشْعُرُ، 48.
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda: Mengutuk seseorang Muslim itu fasik. Manakala membunuhnya pula adalah kufur. Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Kerisauan Seseorang yang Beriman Kemungkinan Amalannya Menjadi Sia-Sia Tanpa Disedari, 48.

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ رضي الله عنه، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ‏"إِذَا أَنْفَقَ الرَّجُلُ عَلَى أَهْلِهِ يَحْتَسِبُهَا فَهُوَ لَهُ صَدَقَةٌ‏‏‏." رواه البخاري، كتاب الإيمان، باب مَا جَاءَ أَنَّ الأَعْمَالَ بِالنِّيَّةِ وَالْحِسْبَةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، 55.
Dari Abu Mas’ud r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berbelanja untuk keluarganya dengan penuh keikhlasan, maka dia akan mendapat ganjaran bersedekah. Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Iman, Bab yang Menjelaskan Bahawa Segala Perbuatan Itu Bergantung kepada Niat dan Keikhlasan; Walau Bahaimanapun, Setiap Orang akan Mendapat Ganjaran Setimpal dengan Niatnya, 55.


Sumber: INHAD - ada iman jadi aman

No comments:

Post a Comment